Adun BN dari Sarawak Mula Keluar Parti?

| comments

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Meluan, Wong Judat yang juga Naib Presiden Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP), salah satu sekutu BN di negeri itu mengumumkan akan keluar parti.

Menurutnya, tindakan itu dibuat secara rasmi hujung Julai ini. “Pada 30 Julai nanti, saya akan bertemu dengan Presiden (SPDP), Sri William Mawan dan Timbalannya, Datuk Seri Tiong King Sing di Kuala Lumpur untuk membincangkan keputusan saya ini dengan mereka.

Saya akan meletak jawatan daripada parti pada keesokan harinya (31 Julai). Bagaimanapun, hasil mesyuarat nanti tidak akan menjejaskan keputusan saya. Tiada apa pun yang boleh mengubah pendirian saya dan tiada siapa boleh menghalangnya,” katanya, lapor Borneo Post.

Kelmarin di Sabah, Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Bumburing turut keluar BN manakala Amsir Dani, orang kanan kepada Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Lajim Ukin meletak jawatan Ketua Umno Cawangan.Ditanya sama ada beliau menyesali keputusan itu dan kemungkinan kehilangan semua manfaat dinikmati selama menjadi wakil rakyat BN, beliau berkata: “Manfaat apa? Kepada saya? Saya tidak melakukan perkara ini untuk kepentingan peribadi.

Saya sudah 48 tahun, bukan budak hingusan, 17 tahun. Saya sudah matang, jadi tiada apa sangat yang hendak dikesali,” kenyataan beliau dipetik.

Judat memegang jawatan Adun Meluan yang terletak dalam Parlimen Julau dan majoriti penduduk adalah kaum Iban. Satu lagi DUN dalam Parlimen ini ialah Pakan.

Hah, makin jahanam BN, apakah ramai lagi akan keluar BN dan umno kerana muntah dengar lagu rais Yatim bertajuk "ini masa balas budi" atau mereka keluar BN kerana malu dengan logo sambutan kemerdekaan ciptaan umno. ?.. kah..kah..kah

Pegi lantak dengan BN, kapal yang semakin karam itu patut terkubur terus bawah dasar laut, biar jadi bangkai.




Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Share this article :

Catat Ulasan

Sila berikan komen anda dengan sopan.

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit