Anggota Polis Maut Dirempuh

| comments

Sebuah rakaman video yang sangat tragis telah dimuat naik ke laman Youtube menyaksikan seorang pegawai polis trafik yang sedang bertugas telah dilanggar oleh sebuah bas yang bergerak laju.

Insiden yang dipercayai berlaku di Johor Bahru itu difahamkan telah meragut nyawa mangsa.



Salah seorang pelayar Youtube yang menggunakan nama samaran masihteguhberdiri memberitahu bahawa identiti anggota trafik yang malang itu ialah Koperal Ismayuddin Ismail dan telah meninggal dunia disebabkan kemalangan tersebut.
“Arwah yang dimaksudkan bernama Koperal Ismayuddin Ismail, berusia 50 tahun. Mari kita ramai2 sedekahkan Alfatihah untuk arwah dan mendoakan semoga pemandu bas tersebut dihukum dengan berat,” komennya di ruangan bawah video Youtube itu.

Sementara itu, difahamkan juga bahawa pemandu bas yang bertanggungjawab melanggar Allahyarham Ismayuddin telah ditahan sebelum dilepaskan kemudiaannya dengan ikat jamin berjumlah RM10,000 sehingga menunggu perbicaraan pada 24 April ini.

Alfatihah buat Allahyarham, dan takziah "tukanglawan" ucapkan kepada keluarga mangsa. Saranan "tukanglawan" ialah supaya anggota polis yang terpaksa bertugas di malam hari perlu diberi lebih dilindungi, mereka sepatutnya perlu dibekalkan dengan jekat yang mampu memberitahu akan kehadiran mereka.


Mungkin jeket pantulan cahaya sahaja tidak mencukupi, kdang-kadang ia tidak memberi kesan yang sepatutnya, mungkin ada agaknya jeket yang mampu memancarkan cahaya L.E.D yang terang yang mampu memberi isyarat jelas mereka disana.

Anggota polis bukan setakat hanya boleh dikerah bila-bila masa oleh kerajaan seolah-oleh mereka tiada family, malah kerajaan juga harus sentiasa memastikan mereka berada dalam keadaan selamat, supaya insiden seperti ini tidak berlaku lagi.



sesuatu perlu dipertimbangkan,
jangan pula mereka asyik dikerah menyaman sahaja, apalah sangat nilai wang yang perlu dibelanjakan berbanding nilai nyawa seorang anggota polis, mungkin penggunaan jeket yang bersinar ini mampu memberi sedikit rasa yakin ketika mereka menjalankan tugas, Ia mungkin dapat menyelamatkan nyawa anggota tersebut. Al-Fatihah

Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah

. .
Share this article :

Catat Ulasan

Sila berikan komen anda dengan sopan.

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit