Bekas Menteri Pelancongan Hentam Umnoapco

| comments


Kebelakangan ini bekas menteri pelancongan, Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir yang juga Timbalan Presiden Angkatan Amanah Rakyat (Amanah) dilihat lantang mempersoalkan tindakan-tindakan pemimpin-pemimpin Umno.

Beliau yang secara terbuka tampil memberi sokongan kepada Ketua Umum Parti Keadilan, Anwar Ibrahim semasa keputusan fitnah Liwat 2 tempoh hari, secara terbuka menyatakan wujudnya budaya rasuah dalam rejim Umnoapco pimpinan najib dan minta supaya budaya itu tidak diwariskan kepada generasi akan datang.

Baguslah jika ada bekas pemimpin Umnoapco sendiri yang tampil mengkritik parti tersebut, rasuah politik untuk mendapat tempat dalam parti termasuk jawatan tertinggi dalam parti tersebut bukan sesuatu yang baru bagi umnoapco, "tukanglawan" rasakan ia sudah menjadi darah daging mereka. dan sukar ditinggalkan.

Tapi harus kita ingat, mungkin masih ada seorang dua yang tidak mengamalkan cara itu, lantas bila mereka rasakan ianya sudah cukup parah, mereka pula kini tampil menyuarakan pendapat mereka, contohnya bekas menteri ini.

Mengulas lanjut berkenaan pemberian wang menjelang pilihanraya, beliau mendakwa pengedaran wang tunai kepada rakyat, akan merosakkan nilai murni dan cara hidup mereka.

"Percayalah bukan sahaja rakyat dalam negeri tetapi masyarakat antarabangsa juga sedang memerhati kita. Perbuatan ini adalah hodoh dan ketinggalan zaman," tegasnya lagi

Menganggap perbuatan itu "keji dan jijik" beliau mendesak kerajaan dan parti itu supaya menghentikan apa yang didakwanya "pemberian rasuah" - secara langsung atau tidak  - kepada rakyat untuk menjadi popular dan mendapat undi dalam pilihan raya.

"Adakah budaya  ini yang kita hendak wariskan kepada generasi akan datang?" soal bekas menteri itu.

Anda tahu jawapannya, dan anda tahu cara mengubahnya.





Share this article :

Catat Ulasan

Sila berikan komen anda dengan sopan.

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit